Inilah Alasan Mengapa Orang Zaman Dahulu Lebih panjang Umur

by Oh! Semput


20
SHARES
259
VIEWS
Posted on 06 Oct 2016 08:01:00


Pada zaman sekarang ini, banyak yang menanyakan alasan mengapa orang zaman dahulu lebih panjang umur, hal ini merupakan perkara sudah lama difikirkan terutama oleh orang-orang yang hidup di kota-kota besar dan negara-negara metropolitan. 

Pernyataan yang mengatakan bahwa orang zaman sekarang umurnya lebih pendek bila dibandingkan dengan orang yang hidup pada zaman dahulu bukanlah sebuah berita kosong, itu adalah sebuah kenyataan. 

Orang zaman dahulu rata-rata panjang umur, mereka masih sihat walaupun sudah uzur. Orang-orang yang hidup dizjaman moden memiliki banyak teknologi yang membuatkan hidup mereka makin selesa, tetapi mengapa tidak mampu menikmati hal-hal tersebut lebih lama?

Mengapa umur orang zaman dahulu lebih panjang? Terdapat banyak faktor-faktor yang mempengaruhinya, dan faktor-faktor tersebut juga banyak diabaikan oleh orang yang hidup di zaman moden ini:

1. Senaman
Orang zaman dahulu lebih banyak bekerja secara fizikal demi memenuhi keperluan sehari-hari mereka. Kerja fizikal boleh dianggap juga sebagai senaman dan melatih badan sehingga kecergasan meningkat dan mereka melakukan kegiatan tersebut setiap hari secara rutin, hal ini menyebabkan peningkatan kualiti fizikal secara ketara apabila dibandingkan orang-orang zaman sekarang.

Orang-orang zaman sekarang sangat jarang sekali melakukan olah raga fizikal. Ini adalah hasil langsung yang disebabkan oleh kemajuan teknologi. Kemajuan teknologi sangat pesat dan mempengaruhi banyak hal dalam hidup manusia. Banyak alat-alat yang memudahkan kita untuk bekerja, hal ini secara tidak langsung juga menyebabkan kita menjadi lebih malas dan jarang bergerak, sehingga badan lebih gampang sakit dan tidak sihat.

2. Makanan
Faktor kedua yang dipercayai mempengaruhi panjangnya umur orang-orang yang hidup di zaman dahulu adalah faktor makanan. Orang yang hidup pada zaman dahulu mengambil makanan yang bebeza bila dibandingkan dengan kita-kita yang hidup sekarang. Mereka mengambil makanan segar yang ditanam dan dipelihara tanpa menggunakan bahan-bahan kimia yang mungkin boleh memberi kesan kepada kesihatan badan manusia. Makanan berkhasiat tinggi dan tanpa bahan berbahaya tersebut menjaga kesihatan mereka, sangat berbeza dengan makanan zaman sekarang.

Orang maman dahulu mengambil makanan segar yang dipetik dari sawah dan kebun yang ditanam sendiri. Orang zaman sekarang banyak mengambil makanan yang dibeli di pasar raya ataupun kedai-kedai lain walaupun mereka tahu bahawa makanan tersebut tidaklah lagi segar. Makanan berpengawet adalah hal yang umum untuk dimakan, banyaknya zat-zat kimia yang terdapat didalam satu jenis makanan saja sudah berbahaya bagi kesihatan badan manusia, apalagi bila makanan tersebut dimakan setiap hari, makin bertompoklah zat-zat kimia yang tidak sihat tersebut dan mengakibatkan pada banyaknya penyakit-penyakit yang tidak pernah dialami oleh orang-orang pada zaman dahulu.

Faktor alam adalah faktor penting terakhir yang perlu di perhatikan. Hal ini juga disebabkan oleh kemajuan teknologi, banyak barangan moden yang memberi kesan buruk pada alam sekitar dan mempengaruhi udara sekitar. Ini juga salah satu sebab mengapa orang zaman dahulu lebih panjang umur, tidak adanya pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh teknologi moden. Hal ini sangat berpengaruh terhadap kesihatan orang-orang yang tinggal di bandar besar.

Keadaan sekarang memerlukan orang di zaman sekarang mengambil makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah penyakit. Tapi harus diperhalusi, sewajarnya produk yang diambil tidak mengandungi bahan kimia dan bahan pengawit seperti Jus Khazanah Megah Perawan.


Khasiat khazanah herba dan buah-buahan terpilih yang terkandung di dalam Jus Khazanah amat berkesan mencegah, merawat dan memulihkan pelbagai jenis penyakit. semulajadi tidak memberi kesan buruk sampingan kepada kesihatan. 


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts