iPhone Boleh Lipat Dilapor Berdepan Isu Teknikal, Mungkin Ditunda Lagi

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 07 Apr 2026 07:30:20

Apple kini berdepan cabaran besar dalam usaha melancarkan iPhone boleh lipat pertama mereka.

Menurut Reuters yang memetik laporan Nikkei Asia berkata, ujian pengeluaran awal iPhone boleh lipat itu mendapati lebih banyak masalah kejuruteraan daripada jangkaan, sekali gus berpotensi menunda jadual penghantaran kepada beberapa bulan.

Walaupun Apple merancang untuk memperkenalkan model ini bersama dua versi iPhone baharu pada separuh kedua 2026, isu teknikal yang timbul boleh menjejaskan momentum syarikat itu dalam pasaran telefon pintar boleh lipat yang kini dikuasai Samsung dan Huawei.

Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun pemerhati industri melihat kelewatan ini sebagai tanda bahawa teknologi lipatan masih mencabar walaupun bagi syarikat gergasi.

Apple yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 pastinya mahu menyajikan iPhone boleh lipat baharu ini sebagai produk yang istimewa kepada para penggunanya

Jika berjaya, iPhone boleh lipat dijangka menjadi produk ikonik baharu. Namun buat masa ini, masa depan pelancarannya masih samar.

{suggest}

iPhone Boleh Lipat Dilapor Berdepan Isu Teknikal, Mungkin Ditunda Lagi WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts