by Oh! Semput
Apple dijangka memperkenalkan sejumlah peranti baru secara rasminya pada awal pagi esok, dan bersama-sama dengannya, Apple dijangka mengumumkan telefon boleh-lipat pertama mereka, dijangka dinamakan iPhone Duo.

iPhone Duo ini dikatakan akan dijual pada harga bermula $2000 – yang mana dilihat jauh lebih mahal berbanding sejumlah peranti boleh-lipat yang lain di pasaran. Model asas untuknya dijangka menawarkan storan 256GB, dan ia meningkat dengan harga yang lebih tinggi, mencapai sehingga $3000.
iPhone Duo bakal menggunakan cip yang dibangunkan Apple sendiri, iaitu Apple A20 Pro. Ia turut akan menggunakan dwi-kamera belakang 48-megapixel, selain kamera 12-megapixel dihadapan. Peranti ini juga dijangka akan menyertakan sokongan untuk Apple Pencil.
iPhone Duo dijangka akan dijual secara terhad di beberapa pasaran bermula Oktober kelak. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan penawaran iPhone Duo ini pada acara yang dijadualkan Apple pada awal pagi esok.