Iskandar Samad Digugurkan Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor

by Oh! Semput


7
SHARES
89
VIEWS
Posted on 06 May 2017 13:00:26

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad digugurkan daripada jawatannya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.

Namun, Takiyuddin melalui sidang media pagi tadi mengatakan Iskandar ‘dinaikkan pangkat’.

“Beliau dikekalkan sebagai naib presiden dan oleh itu, ‘dinaikkan pangkat’,” kata Takiyuddin dalam sidang media di ibu pejabat parti itu selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan sama ada Iskandar telah digantikan sebagai pesuruhjaya negeri itu ekoran situasi semasa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Diminta untuk mewajarkan langkah itu, Takiyuddin berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah meminta agar Iskandar memberi perhatian yang lebih kepada negeri ini.

“Ketiga-tiga naib presiden telah diberi tanggungjawab untuk menjaga negeri-negeri tertentu.”

Takiyuddin berkata, Iskandar akan bertanggungjawab ke atas zon ‘tengah dan selatan’ – Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts