by Oh! Semput
Pelakon Nadzmi Adhwa tampil menyeru orang ramai agar mengamalkan sikap pemaaf serta berhenti menyalahkan pihak lain susulan kecaman yang diterimanya sebelum ini.

Screenshot
Sebelum ini, Nadzmi menjadi perhatian apabila memberi izin kepada isterinya, Ardell Aryana, untuk menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF). Keputusan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk kritikan terhadap tindakannya sebagai suami.
Menerusi hantaran di Threads, Nadzmi mengajak masyarakat untuk memperbaiki diri dan tidak terus menuding jari kepada orang lain.

Dalam masa sama, beliau turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas sebarang kekhilafan yang mungkin dilakukan secara sedar mahupun tidak sedar.

Mengambil semangat bulan Syawal, Nadzmi juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta memohon maaf zahir dan batin kepada semua.
Dalam kenyataan terdahulu, Nadzmi meluahkan rasa terkilan apabila niat meminta doa bertukar menjadi bahan hinaan segelintir pihak.

Pada masa sama, Nadzmi turut menitipkan pesanan kepada isteri serta rakan-rakan dalam misi berkenaan agar terus tabah menghadapi ujian.
Artikel lain: Suami titip doa, Ardell Aryana berangkat sertai misi Global Sumud Flotilla 2.0
Difahamkan, setakat ini sebanyak empat kumpulan Global Sumud Flotilla 2.0 delegasi Malaysia sudah pun berlepas untuk menjayakan misi kemanusiaan ini.
Selain Ardell, antara personaliti dan pendakwah yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ini adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, PU Rahmat, PU Amin, Imam Asyraf dan Haroqs.
Terdahulu, kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 melancarkan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada 12 April ini bermula dari pelabuhan Barcelona, Sepanyol.
: Threads nadzmiadhwa