Jangan ambil BR1M kalau tak mahu, Najib selar pengkritik

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 03 Dec 2016 11:00:36

Terus mempertahankan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada para pengkritiknya bahawa mereka mempunyai pilihan untuk tidak mengambilnya.

BR1M, ujar presiden Umno itu, tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan ‘dedak’.

Penegasan beliau itu dibuat ekoran kritikan berterusan yang mendakwa bantuan kewangan itu digunakan Najib untuk ‘membeli’ undi.

“BR1M adalah cadangan Bank Negara, bukan cadangan saya. Tetapi kerana saya buat keputusan itu, (yang lain pula mendakwa) ia seolah-olah saya beli undi.

“Ini bukan soal beli undi, saya mahu membantu rakyat yang memerlukan.

“Jika anda tidak mahu BR1M, jangan terima, tiada masalah,” tambahnya.

Najib turut mengesahkan BR1M akan dibayar sebanyak tiga kali pada tahun depan.

[Baca berita penuh]

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts