by Oh! Semput
Usahawan sensasi, Nur Nilam Ortiz tampil menjelaskan status hubungannya dengan aktor Azlan Komeng selepas video mereka bersama di TikTok mengundang pelbagai persoalan daripada netizen.
Menerusi ruangan komen, ada netizen mempersoalkan tindakan Nilam dan Azlan yang dilihat bermesra seperti pasangan suami isteri walaupun sebelum ini dilaporkan telah berpisah.
Bagaimanapun, Nilam menjelaskan bahawa dia dan Azlan telah kembali rujuk sebagai suami isteri serta meminta orang ramai tidak membuat andaian tanpa mengetahui fakta sebenar.
“La tak tahu cerita terbaru agaknya mi… kak kalau nak bercakap pastikan tahu cerita terbaru jangan main hembus saja. Benda apa kau ni kak? Kami dah kahwin balik dah apa la pening sungguh kau ni,” balasnya.
Dalam masa sama, Nilam turut memaklumkan bahawa dia telah menyimpan tangkap layar komen netizen yang didakwanya memfitnah tanpa mengetahui keseluruhan cerita.
“Saya dah simpan tangkap layar komen awak sebagai bukti. Awak hanya melihat satu video pendek, bukan keseluruhan cerita, tetapi terus melabel saya sebagai ‘liberalisasi’.”
“Awak sedar tak, itu bukan perkataan yang boleh digunakan sesuka hati? Itu satu tuduhan yang serius dan boleh menjejaskan nama baik seseorang. Saya sangat tegas dalam soal agama.

“Saya tahu apa yang halal dan apa yang haram. Jangan sesekali bercakap seolah-olah awak lebih tahu tentang pegangan agama saya sedangkan awak langsung tidak mengetahui keadaan sebenar,” tegasnya.
Nilam turut mendedahkan bahawa dia kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan tuduhan tersebut.
“Hakikatnya, kami sudah pun berkahwin semula sebagai suami isteri. Lain kali, semak fakta sebelum melabel dan menjatuhkan hukum kepada orang.”
Untuk rekod, Nilam Ortiz dan Azlan Komeng sah bercerai pada Mac 2026 selepas mendirikan rumah tangga selama kira-kira empat tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Jangan Main Hembus Je..” – Nilam Dan Suami Dikecam Bersekedudukan Lepas Cerai, Rupanya Dah Rujuk Semula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.