Jangan Buat Tak Tahu Kalau Anak Bagi ‘Hint’ Macam Ni, Ia Cara Mereka Ekspresikan Rasa Sayang Pada Mak Ayah

by Oh! Semput


13
SHARES
167
VIEWS
Posted on 08 Aug 2017 04:01:02

Foto: childteaching
Kalau ikutkan kita semua sibuk dengan kerja harian yang perlu dilakukan dan disiapkan secepat mungkin, dari bangun pagi sehinggalah pulang ke rumah, tidak putus-putus kerja yang perlu dilakukan.

Bila dah malam, itulah masa yang ada untuk merehatkan diri, sebelum memulakan semula rutin yang sama seperti hari sebelumnya.

Jadi, disebabkan itu, kita mungkin secara tidak sedar dah menjauhkan diri untuk bermesra dengan anak-anak. Mana tidaknya, bila anak dating dekat, nak bergurau atau ajak bermain, kita secara tak langsung suruh mereka ke tepi, biarkan mereka sahaja.

Kononnnya kita penat, dan nak berehat, tapi hanya dengan mata dekat skrin telefon saja.

Anak-anak sebenarnya ad acara mereka tersendiri untuk luahkan rasa sayang kepada ibu dan ayah, apa yang perlu diketahui oleh ibu bapa buat masa ini adalah faham akan ‘hint’ yang anak berikan.

Seperti yang dikongsikan oleh terapis carakerja, Pn Maryam Jamadi ini, sebenarnya ada 5 cara yang anak lakukan untuk ekspresikan rasa sayang mereka kepada kita. Bagaiamana? Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Foto: wonderbaby
"HINT" ANAK SAYANG MAK AYAH

Semasa anak umur 9 bulan,
Anak: "Tatattataa".... "Papapapa"... "Nananana"...
*Sambil datang dekat ayah

Ayah: Ahh senyaplah, memekak je ayah nak tengok video ni!
*Sambil tolak anak ke tepi dan sambung tengok handphone

Semasa anak umur 2 tahun,
Ayah: Abang, abang sayang ayah tak? Kalau sayang sinilah peluk ayah.
*Sambil mendepakan tangan

Anak: ..... er... er... hmm..
*Sambung main dan menjauhkan diri dari ayah

Sebenarnya anak belajar bercakap, berinteraksi dan berfikir melalui pemerhatian dan meniru perbuatan orang sekeliling terutamanya mak ayah. Kalau di rumah sudah terbiasa ditengking, dipukul dan dimarah maka tak hairanlah di sekolah anak akan melakukan perkara yang sama.

Kalau di rumah sudah terbiasa tidak dilayan, dibelai, dan tidak dihiraukan. Tidak mustahil anak akan buat perkara yang sama pada mak ayah pada masa akan datang sebab rasa dirinya tidak penting bagi mak ayah.
Foto: zerotothree
Elakkan perkataan KALAU,

"KALAU saya selalu bagi perhatian dekat dia mesti dia tak banyak tantrum macam sekarang"
"KALAU saya tak bagi gadget dari bayi mesti dia dah boleh bercakap macam anak lain"
"KALAU saya selalu luangkan masa dengan dia, mesti dia akan dengar cakap saya"
"KALAU saya selalu peluk dan cium dia dulu, mesti dia tak mengelak bila saya nak peluk dia"

Jangan menyesal dikemudian hari. Mengelak lebih baik dari merawat. Tunjukkan kasih sayang kita pada anak. Bagi anak rasa kepentingan mereka dalam hidup kita. 

Tak ada guna setiap hari cakap "I Love You" tapi tak disertai perbuatan sebab anak tak faham pun. Mak ayah perlu tunjukkan kasih sayang dengan perbuatan bukan hanya kata-kata.

Untuk kaum ayah, bukan jadi romantik dengan isteri sahaja tau tapi perlu juga "romantik" dengan anak. Kalau yang memang jenis hati kering tak ada perasaan, kena belajar juga tunjukkan kasih sayang pada anak sepaya anak rasa kasih sayang kita. Peluk, cium pipi, bagi perhatian, urut lembut dan selalu senyum dan ketawa bersama anak sebagai tanda kita sayang mereka.

Tak perlu malu nak cakap "I Love You", tak luak pun.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts