PAN Jangan Menyibuk Urusan PAS

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 23 Feb 2017 07:00:50

PAN

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara atau PAN perlu menerima hakikat bahawa parti itu gagal menarik ahli PAS untuk menyertai perjuangan mereka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sehubungan itu, Iskandar berkata, kenyataan seorang pemimpin parti serpihan itu bahawa PAS akan berpecah, disifatkan pandangan ‘seseorang yang mahu lari daripada kenyataan’.

“Saya menggesa parti ini agar tidak lari daripada kenyataan dan berpijaklah di bumi yang nyata. Hentikan bermain dengan persepsi untuk menutup kelemahan sendiri.

“Adalah satu kenyataan parti serpihan ini gagal menggugat PAS, malah gagal menarik ratusan ribu ahli PAS seperti mana yang didakwa mereka sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata Himpunan Rang Undang-Undang 355 (H355) di Padang Merbok baru-baru ini, membuktikan ahli PAS masih komited bersama agenda perjuangan parti itu.

“Oleh itu tidak nampak sebarang tanda bahawa PAS akan berpecah. Perpaduan ahli PAS begitu terserlah pada H355. Ia juga membuktikan bahawa PAS terus berupaya menggerakkan ahlinya apabila ratusan ribu hadir di Padang Merbok.

“Jika benar Parti Amanah sudah menarik separuh ahli PAS kepada parti mereka, sudah tentu bilangan ahli mereka hari ini melebihi 500,000 orang. Tetapi, kita tidak nampak ini sudah berlaku,” katanya.

Kenyataan Iskandar dipercayai merujuk kepada dakwaan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub yang disiarkan sebuah portal berita semalam, bahawa kompromi PAS dan UMNO menyebabkan PAS berpecah dua.

Salahuddin yang juga bekas Naib Presiden PAS, berkata perkara itu sukar diterima terutamanya dalam kalangan penyokong dan ahli PAS, kerana ia membabitkan soal dasar.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, pemimpin Amanah tiada hak untuk mencampuri urusan dalaman Pas, walaupun sebelum ini mempunyai pengalaman lama di dalam parti itu.

“Pemimpin Amanah tak perlu ambil tahu urusan dalaman Pas kerana kita tiada kaitan dengan mereka. Kita tak ada kena mengena, tak ada hubungan.

“Daripada ambil tahu hal dalaman Pas, lebih baik mereka jaga parti mereka sendiri. Orang lama dalam Pas pun tak boleh pakai juga kalau keluar parti,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bahawa Pas berdepan risiko perpecahan setelah menjalin hubungan baik dengan Umno.

Ditanya dakwaan bahawa sokongan parti akan merosot berdasarkan hubungan baik antara Pas dan Umno yang kini semakin menyerlah, Satiful Bahri berkata, Pas mempunyai cara tersendiri mengurus parti dan ia tidak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Setakat ini, Pas tiada masalah mengurus perjalanan parti dan sokongan rakyat juga tidak berbelah bahagi kerana mereka bermasalah di dalam Pas, kini semua dah keluar parti.

“Mereka yang bermasalah dalam Pas dah keluar, jadi kita tiada masalah sekarang. Ia (hubungan baik dengan Umno) tak pengaruhi  sokongan terhadap Pas,” katanya.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts