Jenazah Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah Selamat Dikebumi

by Oh! Semput


12
SHARES
154
VIEWS
Posted on 03 Dec 2016 06:00:39

KOTA BELUD: Jenazah Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah, ibu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, selamat dikebumi di sini tengah kelmarin.

Jenazah Allahyarham disemadikan kira-kira 12.30 tengah hari di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Siasai/Tombol.

Jenazah tiba di Masjid Jamek Kampung Siasai/Tombol pada pukul 11.28 pagi untuk disembahyangkan selepas dimandikan di kediaman Salleh di Kampung Likas, Kota Kinabalu, kira-kira 75km dari sini.

Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Sabah Datuk Dr Johnson Tee dan Pemangku Pengarah Penerangan Negeri Yunus Saprin.

Allahyarham Bandong, 85, meninggal kira-kira jam 6.55 pagi di Hospital KPJ di sini kerana sakit tua.

Menurut cucu Allahyarham, Syarulnizam Salleh, semasa neneknya menghembuskan nafas terakhir, semua anak, termasuk Salleh, dan cucu Allahyarham berada di sisi.

Salleh, yang sedang menghadiri Perhimpunan Agung Umno di ibu negara, bergegas kembali ke Kota Kinabalu pada Khamis sebaik selesai majlis perasmian perhimpunan agung itu.

Bandong merupakan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah ketujuh, Tun Mohd Said Keruak yang meninggal dunia pada 1995.

Allahyarham meninggalkan lima anak dan 12 cucu. -Bernama

Berita Terdahulu : Bonda Salleh Said Meninggal Dunia – AlFatihah


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts