Jensen Huang Hantar Emel Permohonan Maaf Kepada Staf NVIDIA, Akui Sedang Disiasat Oleh NVIDIA Sendiri

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 09 Nov 2026 04:00:10

CEO NVIDIA, Jensen Huang memohon maaf kepada keluarga dan kakitangannya selepas mengaku tidak setia kepada isterinya.

Perkara itu dimaklumkan Huang menerusi e-mel kepada kakitangan NVIDIA pada 8 November, yang turut menyentuh siasatan bebas oleh lembaga pengarah syarikat itu.

Menurut Huang, perbuatannya telah melukakan isteri dan anak-anaknya, dan tiada alasan bagi tindakan tersebut. Beliau turut mengakui telah mengecewakan keluarganya, yang layak menerima kejujuran dan kesetiaannya.

Huang berkata beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatannya dan kesakitan yang ditimbulkan, serta menerima kritikan yang datang bersamanya. Beliau juga berharap keluarganya akan pulih dan beliau dapat meraih semula kepercayaan mereka.

Kepada kakitangan, lembaga pengarah, rakan kongsi dan pemegang saham NVIDIA pula, Huang mengakui beliau telah gagal memenuhi tanggungjawabnya.

“Memimpin NVIDIA ialah keistimewaan terbesar dalam hidup saya. Tanggungjawab saya ialah berkhidmat untuk anda dan layak menerima kepercayaan anda,” kata Huang dalam e-mel tersebut.

Bagaimanapun, beliau menegaskan masih komited sepenuhnya kepada NVIDIA dan akan berusaha meraih semula keyakinan mereka.

Dalam e-mel sama, Huang memaklumkan Lembaga Pengarah NVIDIA telah memulakan siasatan bebas berhubung kebimbangan keselamatan negara yang dibangkitkan dalam laporan berita.

Beliau berkata menyokong siasatan itu dan akan memberi kerjasama sepenuhnya, selain komited untuk melindungi NVIDIA dan menyokong keselamatan negara Amerika Syarikat.

Huang turut meminta agar privasi keluarganya dihormati, sambil menegaskan bahawa keluarganya tidak bertanggungjawab atas pilihan yang dibuatnya.

Gambar utama: NVIDIA

{suggest}

Jensen Huang Hantar Emel Permohonan Maaf Kepada Staf NVIDIA, Akui Sedang Disiasat Oleh NVIDIA Sendiri WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts