by Oh! Semput
Usahawan dan pencipta kandungan, Khairul Aming mencuri perhatian netizen selepas kemunculan seorang wanita bersamanya ketika berada di atas kapal mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikut.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, beberapa netizen mula mempersoalkan identiti wanita berkenaan, terutama selepas melihat kelibatnya dalam kandungan yang dikongsikan Khairul Aming.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk persoalan mengenai wanita yang berada di atas kapal tersebut.
“Okay saya tak kisah KA nak restock kat tengah laut ke, atas langit ke tapi saya kisah siapa wanita atas kapal tu?”
Ada juga netizen yang meminta Khairul Aming memberikan sedikit petunjuk mengenai identiti wanita berkenaan.
“KA bg hint guys”
Malah, seorang lagi pengguna media sosial berseloroh mengenai kandungan tersebut yang dilihat turut menampilkan wanita berkenaan.
“Announce restock ke, announce seseorang tu…”
Dalam ruangan komen, terdapat netizen yang mendakwa wanita berkenaan ialah Sara Zaki.

Seorang pengguna menyebut bahawa jarang melihat Khairul Aming menunjukkan Sara Zaki dalam kandungan yang memaparkan pemandangan dari atas kapal.
“Jarang jarang KA tunjuk Sara Zaki bersama view atas kapal
SUMBER ASAL
![]()
Leave a Comment:
Related News