Johan As’ari Akui Bosan Dan Penat Jadi Baik

by Oh! Semput


10
SHARES
130
VIEWS
Posted on 10 Oct 2016 03:00:02

Mungkin kerana telah terlalu lama menjadi baik, pelakon Johan As’ari yang berbakat ini menjelaskan kepada mStar Online bahawa dia sememangnya sudah bosan dan juga penat untuk menjadi baik. Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan oleh Johan adalah dari sudut watak yang dilakonkannya.

BACA: Johan As’ari Kini Sudah Temui Cinta Baru?

“Selepas drama bersiri Juvana saya tidak lagi menerima sebarang tawaran untuk memegang watak antagonis kerana sering diberikan watak baik, romantik atau pun seorang ustaz. Juvana pun sudah lima tahun berakhir dan harus diakui saya semakin penat apabila sering memegang watak hampir sama,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut Johan, dia tidak menolak tawaran karakter yang berperwatakan baik kerana menyedari persaingan di dalam industri seni selain berlakon juga adalah sumber rezekinya.

“Apabila sudah ditawarkan saya terima sahaja kerana ini punca rezeki sya selain peminat pun suka apabila saya bawa watak baik. Itu juga adalah realiti industri kerana tidak banyak watak yang ada tambahan pula persaingan cukup sengit,” ujarnya. (rtky/s)

1-johan-asari-akui-penat-jadi-baik-rotikaya 2-johan-asari-akui-penat-jadi-baik-rotikaya 3-johan-asari-akui-penat-jadi-baik-rotikaya 4-johan-asari-akui-penat-jadi-baik-rotikaya 5-johan-asari-akui-penat-jadi-baik-rotikaya 6-johan-asari-akui-penat-jadi-baik-rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts