PRN Johor: Anwar seru calon PH dekati rakyat dengan ikhlas, bukan sekadar meraih undi

by Oh! Semput


4
SHARES
57
VIEWS
Posted on 27 Jun 2026 10:34:25

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua calon PH yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya turun mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan serta mengutamakan amanah yang diberikan pengundi.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mengucapkan selamat berkempen kepada semua calon PH, namun menegaskan kempen pilihan raya tidak seharusnya hanya tertumpu kepada usaha meraih undi semata-mata, sebaliknya menjadi medan untuk membela nasib rakyat.

alt

Kredit Foto: Afiq Hambali | Pejabat Perdana Menteri 

Menurutnya, setiap calon perlu bekerja keras, menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang serta membuktikan bahawa politik beradab mampu mengatasi politik kebencian.

“Insya-Allah, apabila kita ikhlas membela nasib rakyat Johor, mereka akan membuat pilihan yang tepat demi masa depan negeri tercinta,” katanya.

alt

alt

Anwar turut menyertakan petikan Surah Ali ‘Imran yang menyeru umat Islam agar bertawakal kepada Allah selepas berusaha dan berazam.

Artikel lain: Calon PH bukan tangkap muat tetapi berwibawa, berpengalaman – Kor Ming

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Johor memberikan sokongan kepada PH pada PRN kali ini demi membawa negeri itu ke arah masa depan yang lebih baik dengan slogan ‘Johor Ke Depan. Undi Harapan’.

: FB Anwar Ibrahim

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts