by Oh! Semput
Sony baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka telahpun melangkaui jualan 100 juta unit siri konsol Sony PlayStation 5 pada 10 November 2026.
Siri konsol Sony PlayStation 5 terdiri daripada beberapa model, termasuklah Sony PlayStation 5 asal dengan pembaca cakera Blu-ray, Sony PlayStation 5 Digital, Sony PlayStation 5 Slim dengan cakera, versi digital dan juga konsol terbaru yang lebih berkuasa, iaitu Sony PlayStation 5 Pro.

Siri konsol ini dilancarkan pada bulan November 2020, dan enam tahun kemudian, ia kini merupakan konsol Sony yang keempat untuk melepasi jumlah jualan 100 juta konsol. Siri konsol lain termasuklah Sony PlayStation, Sony PlayStation 2 dan Sony PlayStation 4. Dari segi konsol utama, hanya Sony PlayStation 3 tidak mencecah angka jualan tersebut.

Setakat ini, konsol Sony PlayStation yang paling banyak terjual ialah Sony PlayStation 2 dengan angka lebih dari 160 juta pada Mac 2012.
Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa sebanyak 95.3 juta konsol Sony PlayStation 5 telah terjual pada 31 Julai 2026.