by Oh! Semput

Justin Gatlin telah memenangi kejohanan tersebut dimana ia adalah pentas terakhir bagi Usian Bolt. Justin Gaitlin adalah seorang atlit pelari pecut yang penuh dengan kontroversi dadah dan skandal doping.
Pabila sang juara itu berdiri di tempat pertama sewaktu kejohanan itu, para penonton telah mencerca beliau dan mengatakan tempat juara itu adalah untuk Usian Bolt dan bukan untuk dirinya, maka stadium London itu dipenuhi dengan bunyi "booo!" dari para penonton yang tidak bersetuju dengan kemenangan Justin Gaitlin.
Justin Gaitlin telah mengakui bersalah sebanyak 2 kali menggunakan dooping di dalam arena larian pecut dan ramai yang melabelkan beliau sebagai penipu. Sejak dari beliau berjalan masuk untuk acara akhir itu, bunyi "booo!" dari penonton tidak berhenti sehingga beliau menjuarai acara tersebut.
Apabila, tamat larian pecut itu, juri telah melihat klip rakaman terakhir untuk melihat siapakah juara, dan sebulat suara mereka mengatakan Justin Gaitlin adalah pemenang. Gaitlin melutut sebelah kaki di hadapan Usian Bolt sebagai tanda hormat dan merendah diri kepada lagenda pelari pecut Usian Bolt.


"Pertamanya, saya tahu semua orang tidak bersetuju dengan keputusan pertandingan. Tetapi kami semua telah bekerja keras. Seperti yang saya katakan, Justin telah melalui hukuman beliau, dan beliau telah membuktikan berkali-kali dalam tempoh beberapa tahun ini."
"Saya juga telah membuktikan perkara yang sama, dan kadang kala apa yang kita rancang tidak menjadi seperti diharapkan. Tetapi pandangan negatif orang lain yang menjatuhkan kami. Saya telah membuktikan, saya adalah antara atlit yang terbaik dunia. Dan kekalahan ini tidak memberikan apa-apa kekurangan kepada saya."
"Saya telah menjalankan tugas saya sebagai seorang atlit, dan membawa sukan ini ke taraf yang lebih tinggi. Dan saya tidak merasa kecewa kerana saya telah melakukan yang terbaik."

Kita sebagai tuan rumah, perlu menjaga nama baik negara dan nama atlit-atlit negara. Melayan tetamu yang hadir sepertiVVIP dan juga tidak perlu menghangatkan kontroversi yang sedia ada dan bakal mendatang. Malaysia Boleh!!!