by Oh! Semput
Kebanyakan selebriti Instagram kini mempunyai bakat tersendiri sehingga mampu untuk menjana pendapatan hanya dengan menggunakan telefon pintar mereka. Apatah lagi, laman sosial kini telah menjadi satu medium untuk mengemaskini aktiviti seharian mereka.
Apa yang menarik pasti akan menjadikan seseorang itu popular malah lebih dikenali warganet dari selebriti. Dengan memiliki ramai pengikut juga, ia menjadi satu bonus dan kelebihan kerana sesetengah pengguna Instagram dapat memulakan peniagaan atau melakukan ig review.

Editor's Pick
HUAWEI Y6P Lengkap Dengan Gaya, Bateri Dan Skrin Besar, Hanya RM559 Sahaja!
Open New TabWalau bagaimanapun, mungkin kerana itu jugalah selebriti terkenal menjadi pilihan peniaga untuk meminta agar mereka turut memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.
Pun begitu, satu luahan daripada Janna Nick meraih perhatian warganet apabila dia didesak untuk post apa yang diberi peniaga kepadanya sehingga membuatkan dirinya juga merasa kurang senang.
Apatah lagi, dia tidak melakukan ig review tetapi menolong peniaga namun itu bukanlah tiket baginya untuk menipu peminat dan pengikutnya jika makanan yang diberi itu tidak sedap lalu diberitahu sebaliknya.
“Assalamualaikum kepada semua… saya repost balik IG Story saya supaya semua tak salah faham… saya mintak maaf kalau saya bangkitkan isu ni…
“Kalau ada yang DM,’ Janna saya nak mintak Janna promote business saya, Janna saya nak Janna review makanan saya’, saya memang tak buat.
Isu peniaga online, Janna Nick kongsi luahan di Instagram
Janna Nick juga meminta maaf kerana menbangkitkan isu berkenaan. Namun begitu, rata-rata warganet turut setuju dengan luahan selebriti ini dan pelakon terkenal, Uqasha Senrose juga meninggalkan komen setuju.









Jom ikuti, kisah selebriti ini yang pernah dikongsikan dimana dia bukan saja berbakat sebagai pelakon namun Janna Nick turut berjaya dalam bidang perniagaan.
“Sampai m*ti aku benci laki yang pukul perempuan… sumpah!”- Janna Nick
“Melimpah dah aset Janna…”- Urus kerjaya sendiri, Janna Nick buka tawaran kerja buat ramai!