Jurujual Dipenjara 10 Tahun, Dua Sebatan Selepas Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 08 Jul 2026 11:31:24

Seorang jurujual dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang penunggang motosikal menggunakan sebilah pisau pemotong daging dalam kejadian amuk di Lebuhraya Persekutuan, bulan lalu.

Hakim ‘Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Azmi Jantan, 43, dan memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 45 tahun menggunakan senjata berbahaya di Kilometer 14.6, laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13, Shah Alam, kira-kira jam 8.19 pagi pada 11 Jun.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain boleh dikenakan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif syarikat mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang bahu, tangan, jari dan pergelangan tangan kiri, selain luka pada bahagian kepala serta muka akibat diserang dengan pisau pemotong daging.

Timbalan Pendakwa Raya, Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira tahap kecederaan mangsa serta penggunaan senjata yang boleh mengakibatkan kematian. Beliau turut menegaskan insiden itu berpunca daripada perkara remeh apabila mangsa hanya membunyikan hon, namun bertukar menjadi serangan ganas yang mengancam nyawa.

Menurut pihak pendakwaan, hukuman tegas wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada masyarakat dan bagi membendung peningkatan kes buli jalanan serta amukan melampau yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan tidak mempunyai tanggungan dan tidak mengenali mangsa sebelum kejadian, namun mahkamah tetap menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan selepas mengambil kira keseluruhan fakta kes serta kepentingan awam.

Jurujual Dipenjara 10 Tahun, Dua Sebatan Selepas Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal first appeared on #1 The News Malaysia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts