Kalau berani rampas kerusi Tian Chua, kata PKR kepada PAS

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 20 May 2017 06:01:09

PAS Wilayah Persekutuan pada Isnin mengumumkan pertandingan di sembilan kawasan termasuk Parlimen Batu yang kini dipegang Tian Chua. — Foto oleh Choo Choy MayPAS Wilayah Persekutuan pada Isnin mengumumkan pertandingan di sembilan kawasan termasuk Parlimen Batu yang kini dipegang Tian Chua. — Foto oleh Choo Choy MaySHAH ALAM, 20 Mei ― Pemuda PKR mencabar PAS agar bertanding di Parlimen Batu yang sememangnya sudah dikuasai parti itu sejak 2008.

Perwakilannya dari Wilayah Persekutuan berkata PAS pernah hilang deposit pada pilihan raya umum (PRU) 1986 dan itu akan berulang jika parti Islam itu menentang PKR dalam tiga penjuru.

“Kita selama ini bersabar, kita cuba nak pertahankan hubungan suci ini. Apa yang kita dapat? Kerusi kita pun dia nak.

“Kalau nak Batu, bring it on,” kata Ahmad Azri Zainal Noor semasa Kongres Pemuda PKR di sini hari ini.

PAS Wilayah Persekutuan pada Isnin mengumumkan pertandingan di sembilan kawasan termasuk Parlimen Batu yang kini dipegang Tian Chua.

Baca selanjutnya di Malay Mail Online

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts