“Kalau Masih ‘Hot’, Cantik, Ada Harapan Lagi” – Fatiya Latiff Pilih Untuk Berhenti Dari Fikir Soal Jodoh

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 18 Jun 2026 10:02:37

Pelakon Fatiya Latiff mengakui dia kini tidak lagi terlalu memikirkan soal perkahwinan apabila usianya semakin menghampiri 40 tahun.

Menerusi perkongsian di Threads, Fatiya atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff berkata dia memilih untuk mencari kebahagiaan melalui jalan yang berbeza berbanding sebelum ini.

Advertisement

Menurut Fathia, dia sudah berhenti meletakkan perkahwinan sebagai fokus utama dalam kehidupan dan percaya masih banyak perkara lain yang boleh membawa kebahagiaan.

Fatiya latiff

“Untuk saya, bila usia dah nak dekat 40 tahun, saya dah berhenti fikir pasal kahwin.”

“Melainkan awak masih ‘hot’, masih ada harapan lagi. Tapi kalau rupa dah sama macam kipas dekat rumah, hentikanlah harapan itu,” ciapannya.

Dalam masa sama, Fathia menegaskan bahawa kehidupan tidak berakhir hanya kerana seseorang itu masih belum bertemu jodoh atau belum mendirikan rumah tangga.

“Saya cuba cari kebahagiaan dari arah yang lain pula, sebab ia bukan pengakhiran dunia lagi,” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju bahawa kebahagiaan tidak semestinya bergantung kepada perkahwinan, manakala sebahagian lain berpendapat setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan rezeki jodoh yang berbeza.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-18 12:20:36

Diana Danielle Dedah Kekasih Kepada Umum - "Dia Memang Boleh Dibuat Suami"

“Kalau Masih ‘Hot’, Cantik, Ada Harapan Lagi” – Fatiya Latiff Pilih Untuk Berhenti Dari Fikir Soal Jodoh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts