by Oh! Semput
Pelakon terkenal, Kamal Adli tampil membalas kenyataan pempengaruh media sosial, Tareq Fit yang sebelum ini mendakwa ada selebriti yang menumpang popularitinya demi meraih perhatian dan engagement.

Menerusi satu hantaran di Threads, Kamal meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dakwaan tersebut, malah mempersoalkan tahap populariti Tareq sendiri.
Tidak hanya itu, Kamal turut mendakwa Tareq sering mencari perhatian dengan mencetuskan kontroversi, termasuk menuduh individu lain semata-mata untuk mempromosikan produknya seperti e-book.
Dalam nada berang, bekas suami kepada pelakon Uqasha Senrose itu turut mengajak Tareq untuk bertemu secara bersemuka bagi memperbetulkan dakwaan tidak berasas itu.

Screenshot
Artikel lain: Remy Ishak pertikai dakwaan Tharif Fit, nafi kerjaya pelakon sebagai rezeki tak halal
Terdahulu, Kamal bertindak menegur Tareq supaya memberi tumpuan kepada ibadah puasa selepas pempengaruh itu meluahkan rasa kurang senang terhadap penghasilan lagu raya dalam kalangan personaliti media sosial.
Tareq kemudian mempersoalkan Kamal tentang kerjaya lakonan bersama wanita yang tidak menjaga aurat. Pelakon, Remy Ishak turut tampil bersuara selepas Tareq mempertikaikan sumber rezeki golongan penggiat seni.
: Threads kamaladli