Kamal Adli terkejut ramai orang ada masalah duit – “Kadang saya terus minta QR”

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 17 Jul 2026 10:34:37

Pelakon Kamal Adli, 40, mendedahkan penyertaannya di platform Thread membuka ruang untuk dia berinteraksi dengan ramai individu yang berdepan masalah kewangan sehingga ada yang menghubunginya bagi mendapatkan bantuan.

alt

Memetik laporan Utusan Malaysia, menurut Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, dia akan membantu setakat yang termampu bagi meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan.

“Baru saya tahu ramai yang bermasalah dari segi wang ringgit. Ada yang mesej pinjam wang, minta derma dan sebagainya.
“Saya bantu mengikut kemampuan, yang boleh saya tolong, saya tolong. Tak perlulah perkara itu kita tunjuk.
“Saya kasihan apabila ada yang mesej gambar satu keluarga, minta RM50 untuk beli susu anak. Yang boleh, saya bantu, saya minta terus kod respons pantas (QR) untuk pindahkan wang.
“Tak kisahlah duit itu ke mana perginya yang penting niat kita sudah betul,” katanya ketika ditemui pada sidang media Melodi Terhangat RST @ Balai Berita, semalam.

Dalam perkembangan sama, Kamal berkata platform itu turut dimanfaatkan untuk membantu peniaga tempatan mempromosikan perniagaan mereka.

“Ramai peniaga mesej saya minta tolong bagi ruang kepada mereka mempromosikan perniagaan, dan ada perniagaan mereka maju setelah itu,” jelasnya.

alt

Selain menerima permintaan bantuan, Kamal mengakui Thread turut menemukan dirinya dengan pelbagai gelagat pengguna, termasuk individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya.

“Ada yang mengajak saya kahwin, yang nak meminang saya, yang nak kenalkan kepada adik mereka, macam-macam perangai. Tapi saya tolak cara baik,” jelasnya.

Artikel lain: Video anak kira duit syiling, Kamal Adli prihatin hulur RM100 – “Minta nasi ayam terpaksa cakap tiada duit”

Pada masa sama, pengacara baharu program Melodi itu bersyukur kerana Thread turut menjadi medium yang membuka lebih banyak peluang kerjaya dan rezeki buat dirinya.

“Sebenarnya Thread ini antara yang menjadi platform rezeki untuk saya, banyak jenama yang melamar saya melaluinya, Alhamdulillah.
“Cuma kita kena beradab bila menulis dalam Thread, jangan menghina orang lain,” tambahnya lagi.

: Utusan Malaysia (Al Faizal Abdul Karim)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts