Dua Kanak-kanak Hilang Perahu Karam Di Song

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 12 Dec 2016 15:01:20

SIBU – Dua kanak-kanak hilang apabila perahu yang mereka naiki bersama empat orang dewasa dan seorang kanak-kanak lain karam dekat Temalat, Song petang tadi.

Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kakaknya berusia sembilan tahun itu hilang dan dikhuatiri lemas selepas perahu panjang yang dikemudi datuk mereka Augustine Gani, 62, karam dalam hujan lebat dan angin kencang pada lebih kurang 4.30 petang.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Song ASP Balie Jelian, mereka bersama tiga wanita dewasa, dan seorang lagi kanak-kanak sedang dalam perjalanan balik dari kebun ke rumah panjang mereka di Rumah Nyulang, Temalat.

“Polis menerima laporan pada 4.50 petang dan operasi mencari dan menyelamat kemudiannya diadakan,” katanya.

Penumpang lain dapat menyelamatkan diri masing-masing.

Pihaknya percaya perahu terbabit lebih muatan semasa kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan pada 6 petang kerana cuaca gelap dan akan bersambung pada 7 pagi esok. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts