Kanakkanak maut terjatuh dari tingkat 10 semasa main kejarkejar

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 19 May 2017 14:00:26

Kanakkanak maut terjatuh dari tingkat 10 semasa main kejarkejar

1.png

GOMBAK, SELANGOR – Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak pada jam 1 tengah hari, hari ini, lapor Harian Metro.

Mangsa, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa sebelum itu dikatakan bermain kejar mengejar bersama rakan-rakannya dari tingkat 9 ke tingkat 10 bangunan berkenaan.

Malangnya apabila tiba di tingkat 10, rakan mangsa berusia 6 tahun dikatakan masuk ke dalam rumah, manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum ditemui terjatuh di tingkat bawah pangsapuri itu.

18519888_766170326894013_347552244381264

18581650_766170276894018_581992119836538

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.40 tengah hari dan mengerahkan sepasukan anggota pergi ke lokasi kejadian.

“Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan tiada individu yang mendakwa menyaksikan insiden tersebut,” katanya.

Ali mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan. –

: thereporter

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts