Kim Kardashian Saman Portal Berita, Fitnah Palsukan Rompakan

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 12 Oct 2016 06:00:28

kim kardashianCover image via celebuzz

Selebriti Hollywood, Kim Kardashian, memfailkan saman terhadap laman web Mediatakeout.com kerana mendakwa bintang realiti televisyen itu memalsukan insiden rompakan barang kemas di Paris bertujuan mendapatkan pampasan insurans bernilai jutaan dolar.

Dalam saman yang difailkan di New York, bintang berusia 35 tahun itu berkata selepas menjadi mangsa rompakan bersenjata di Perancis, Kardashian kembali ke Amerika Syarikat dan menjadi mangsa sekali lagi, tetapi kali ini oleh tabloid gossip online yang menyiarkan siri artikel pada awal Oktober 2016 merujuk beliau sebagai penipu dan pencuri.

“Artikel ‘mendakwa, tanpa sebarang sokongan fakta dan sebagainya, Kardashian memalsukan rompakan, menipu mengenai serangan ganas, dan kemudian memfailkan tuntutan palsu terhadap syarikat insurans untuk memperoleh semula jutaan dolar.

“Penerbitan berniat jahat defendan, yang meletakkan mangsa jenayah serius, sebagai penjenayah, adalah fitnah semata-mata,” menurut saman.

Bintang realiti televisyen bertaraf jutawan itu, yang berada di Paris bagi menghadiri Minggu Fesyen Paris, dirompak pada 3 Oktober lalu oleh lima lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.

Kardashian diikat dan dikurung dalam bilik mandi manakala perompak melarikan cincin berhampiran AS$4.5 juta (RM18 juta) dan sekotak barang kemas bernilai AS$5.6 juta (RM23 juta). Dua telefon bimbit juga dicuri ketika kejadian di daerah Madeleine, Paris berhampiran butik terkemuka bandar raya itu.

Ibu kepada dua anak dan isteri kepada bintang rap Kanye West itu kembali ke Amerika selepas disoal siasat oleh polis berhubung kejadian.

Baca lagi: Kim Kardashian Trauma Dirompak

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts