9 Kategori Baharu Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 08 Dec 2016 10:01:05

KUALA LUMPUR – Sembilan kategori baharu diperkenalkan pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016 yang akan berlangsung pada 23 Dis ini.

Kategori itu adalah Anugerah Media Sosial Terbaik, Laman Web Terbaik, Anugerah Komuniti, Anugerah Khas – Piala Presiden, Anugerah Khas – Piala Belia, Anugerah Selamat Datang – MISC MIFA, Anugerah Selamat Datang – PKNP FC, Penghargaan Khas dan Penghormatan Khas.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dalam kenyataan media hari ini berkata pertambahan sembilan kategori itu menyaksikan sebanyak 25 kategori dipertandingkan pada ABK 2016 berbanding 16 pada edisi sebelum ini.

Lapan kategori iaitu Pemain Paling Bernilai, Penyerang Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Pertahanan Terbaik, Penjaga Gol Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Import Terbaik dan Pemain Wanita Terbaik, akan melalui proses undian oleh masing-masing 24 jurulatih, ketua pasukan dan wakil media.

Proses undian akan berjalan sehingga 16 Dis, di mana lima pemain dengan undian tertinggi bagi setiap kategori akan disenaraipendekkan manakala pemenang akan diumumkan pada malam anugerah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam berkata ABK 2016 lebih bersifat inklusif kepada semua pihak yang terlibat dan bukan hanya tertumpu kepada 90 minit aksi di atas padang.

“Bola sepak ialah gaya hidup, budaya dan kehidupan. Sebab itu kita harus mengiktiraf semua pihak yang terlibat merangkumi semua aspek ini.

“Kita mahu mengurangkan jurang antara bola sepak dan elemen-elemen itu supaya dapat membuka mata lebih banyak pihak di negara kita,” katanya.

Sementara itu, tujuh daripada 25 anugerah berkenaan akan disampaikan lebih awal iaitu sewaktu pengundian pertama Piala FA 2017 yang akan diadakan pada 22 Dis ini. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts