JKM Kedah bincang hak penjagaan mangsa dera

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 26 Nov 2016 08:00:54

PENDANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah akan berbincang dengan nenek kepada kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, bagi memutuskan hak penjagaan mangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan itu esok selepas mangsa dibenarkan keluar hospital.

Katanya, JKM mendapat maklumat kanak-kanak terbabit pernah dijaga neneknya sebelum dijaga semula oleh ibu mereka.

“Selama ini bantuan bulanan RM400 JKM untuk kanak-kanak terbabit memang di bawah nama nenek yang turut menjaga mereka. Esok kita akan ke rumah nenek mangsa untuk berjumpa dan berbincang hal ini bagi memastikan kebajikan mangsa terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Pemerkasaan Komuniti dan Keluarga (FACE) Kedah sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1 Malaysia di FELDA Sungai Tiang, di sini hari ini.

Kanak-kanak itu adalah kakak kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut akibat dipukul teman lelaki ibu mereka. Kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia 9 November lalu sebelum mayatnya yang reput disembunyikan dalam tong ikan dan disimpan dalam satu bilik di rumah berkenaan.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts