Kehadiran Dr. M Ke Persidangan DAP Bersifat Hipokrasi

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 06 Dec 2016 15:01:08

KUALA LUMPUR – Kehadiran bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Persidangan Kebangsaan DAP Ke-50 Ahad lepas disifatkan sebagai komitmen politik yang penuh dengan hipokrasi.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata Dr. Mahathir sanggup memuji Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, kononnya mematuhi Perlembagaan sedangkan mereka sering mencabar undang-undang sedia ada.

Beliau berkata kesanggupan Dr. Mahathir terus bersekongkol dengan pembangkang hanya bertujuan meraih sokongan.

“Ini juga memberi peluang Tun (Mahathir) mengukuhkan kepercayaan DAP bagi menzahirkan keinginan untuk menjatuhkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Irmohizam berkata kecaman Dr. Mahathir terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pemimpin dan perwakilan parti semasa Persidangan UMNO 2016 langsung tidak berasas.

“Apa yang diperkatakan beliau (Dr. Mahathir) tidak boleh diterima kerana selama ini telah banyak kebaikan yang dibuat UMNO.

“Biar apapun kecaman yang diterima, pucuk pimpinan UMNO tidak akan sesekali berganjak daripada terus melakukan kebaikan,” kata Anggota Parlimen Kuala Selangor itu. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts