by Oh! Semput
Gelanggang futsal di Nabawan, Sabah yang dikelilingi pokok yang dibiar menjalar dan rumput hijau. — Foto ihsan Facebook/Harimau MalayaSABAH, 22 Mei — Bermain futsal di tengah-tengah suasana kehijauan bukan lagi ungkapan indah tetapi benar-benar menjadi realiti.
“Fantasi” itu dialami penduduk dan murid-murid Sekolah Menengah Logongan di Nabawan, daerah pedalaman negeri ini.
Gelanggang itu dikelilingi pokok menjalar dan rumput hijau yang dibiar sebegitu bagi mengelakkan terik matahari selain membekal udara segar.
Gambar itu dirakam seorang guru menggunakan kamera dron Mavic Pro dan tular selepas mengirimkannya ke Facebook Harimau Malaya.
“Berada di sini seolah-olah kita berada dalam dunia fantasi dikelilingi pokok yang cantik dan tumbuhan yang menghijau macam filem Magika,” kata Facebook Harimau Malaya Guru itu melalui jalan balak selama dua jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan satu jam mengharungi sungai untuk tiba ke situ.
Menurut Facebook Harimau Malaya, orang kampung atau murid-murid hanya berjalan kaki melalui jalan berbukit selama 15 minit untuk sampai ke situ.