Keith Foo bengang nama disalah guna

by Oh! Semput


8
SHARES
104
VIEWS
Posted on 01 Dec 2016 07:01:14

Oleh Feride Hikmet Atak

[email protected]

KUALA LUMPUR: Pelakon Keith Foo, 33, bengang apabila ada pihak menggunakan nama dan gambarnya untuk mempromosikan skim cepat kaya di laman sosial.

Terkejut dengan insiden itu, Keith kesal dirinya dituduh mengambil kesempatan atas populariti hingga terbabit dalam skim seumpama itu.

“Saya terkejut apabila berita itu menjadi viral. Sudah terang-terang ia adalah laman palsu yang sengaja mahu menjerat orang ramai dengan menggunakan saya sebagai bahan berita.

“Mujurlah disebabkan kes penipuan di internet sering berlaku, ramai peminat bijak dan tidak mudah terpedaya dengan perkara ini.

“Cuma segelintir saja yang tuduh saya macam-macam…Kononnya saya yang mahu menipu orang,” katanya kepada BH online.

Semalam, Keith menerusi akaun Instagram memuat naik paparan skrin penipuan skim cepat kaya di internet yang dimaksudkannya .

Keith berkata, tindakan itu diambil bagi menjelaskan dirinya tidak terbabit dengan skim berkenaan selain meminta pengikut membuat laporan jika menerima sebarang notifikasi.

Ditanya apakah dia akan membuat laporan polis mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab itu, Keith belum lagi memikirkannya.

“Rasanya ini bukan kali pertama. Artis lain juga pernah melalui perkara lebih kurang sama. Cuma nasihat saya, selidik dulu dan jangan mudah terpedaya dengan iklan atau tajuk yang dipaparkan,” katanya.

Category: Hiburan

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts