by Oh! Semput
Kuala Terengganu: Kelengkapan sekolah sama menjadi kerenah kembar tiga yang memulakan persekolahan tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, di sini, hari ini.
Muhammad Dani Faisalmein, Muhammad Danial dan Muhammad Danish berusia tujuh tahun adalah antara kira-kira 200 murid tahun satu yang masuk ke sekolah itu, mahu beg, bekas pensil dan sebagainya mesti sama satu dengan yang lain.
Ibu mereka, Siti Nor Asyikin Zaki, 37, berkata, dia perlu melayan kerenah anaknya itu untuk memberi semangat kepada mereka masuk ke alam persekolahan.
Menurutnya, selain itu mereka juga minta agar ditempatkan dalam satu kelas kerana takut serta masih belum mengenali rakan lain.
“Mereka memang bersemangat ke sekolah dan mereka bangun awal pagi kerana tidak sabar ke kelas tetapi pagi ini mereka minta saya agar dapat menemaninya di sekolah buat sementara waktu,” katanya.
Category: Semasa