Keluarga Jho Low Cuba Lindung Aset Siasatan 1MDB

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 07 Dec 2016 08:00:51

Jho LowJho Taek Low - Foto oleh Getty Images

Ahli keluarga Low Taek Jho atau Jho Low bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah dalam usaha untuk menghalang kerajaan US daripada merampas aset yang merupakan sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dana 1MDB, menurut fail mahkamah US.

Empat saudara-mara Low Taek Jho akan memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini untuk membolehkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru, menurut usul di mahkamah persekutuan di Los Angeles pada hari Isnin lalu.

Usul itu bertujuan untuk menolak kembali perbicaraan dan memberikan masa kepada keluarga Low Taek Jho untuk membawa kes mereka ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman. Menurut hujah kerajaan US ianya merupakan tempat yang sesuai untuk permintaan mereka. Kerajaan US juga tiadak bersetuju untuk melambatkan perbicaraan dari 12 Dis. 2016 kepada 23 Jan. 2017.

Jho Low adalah antara orang yang dinamakan dalam kes tindakan undang-undang sivil yang difailkan pada oleh Jabatan Keadilan US Julai lalu, yang mendakwa bahawa terdapatnya salahguna bernilai lebih daripada USD 3.5 bilion daripada dana 1MDB.

Tindakan undang-undang itu bertujuan untuk menyita aset yang bernilai USD 1 bilion yang didakwa disalurkan dari 1MDB dan digunakan untuk membeli estet mewah di New York, Beverly Hills dan London, pembelian lukisan berharga, dan jet peribadi.

Ini merupakan percubaan ahli keluarga Jho Low di mahkamah lain datang selepas kerajaan US menentang percubaan sebelumnya untuk menggantikan pemegang amanah semasa mereka. Ahli keluarga Jho low mendakwa mereka tidak dapat memfailkan tuntutan untuk memindahkan kawalan aset.

Selain Low, Jabatan Kehakiman US juga telah menamakan Riza Aziz dalam tindakan undang-undang itu. Riza adalah anak tiri Najib Razak dan pengasas Red Granite, yang pada tahun 2013 menerbitkan filem “The Wolf of Wall Street”.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts