FAM Taja Keluarga Faiz Subri Ke Zurich, Switzerland

by Oh! Semput


13
SHARES
165
VIEWS
Posted on 15 Dec 2016 09:01:22

KELANA JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan menaja tiket penerbangan isteri dan dua anak pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 pada 9 Januari depan.

Selaku tiga calon akhir selain Marlone, 24 yang juga pemain tengah kelab Brazil, Corinthians dan Daniuska Rodriguez, pemain skuad wanita bawah 17 tahun (B-17) Venezuela akan merebut Anugerah Puskas FIFA 2016, kehadiran Mohd Faiz, 29, ke Zurich ditaja sepenuhnya Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penajaan itu sebagai menghargai kejayaan Mohd Faiz mencipta sejarah bergelar pemain bola sepak pertama dari Malaysia tercalon bagi anugerah tahunan gol tercantik dunia itu sekali gus mengharumkan nama negara.

FAM kata Hamidin, akan menaja tiga tiket penerbangan kelas perniagaan kepada isteri Mohd Faiz, Norzawanis Hashim, 29, serta dua anaknya, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan.

“Selain isteri dan dua anaknya, Mohd Faiz akan turut ditemani wakil FAM iaitu Timbalan Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah.

“FAM juga sudah menerima surat rasmi daripada FIFA berhubung butiran lengkap aktiviti dan program sepanjang majlis anugerah berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, kata Hamidin, Mohd Faiz bersama-sama isteri, dua anaknya serta Afandi dijadual berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, Ahad 8 Januari dan pulang ke tanah air pada Rabu, 11 Januari 2017 jam 3.15 petang.

“FAM ingin sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya kepada Mohd Faiz dan buat peminat bola sepak seluruh dunia, khususnya di Malaysia, teruskan mengundi di fifa.com/Puskas sehingga 9 Januari 2017.

“Ia bagi memastikan satu lagi sejarah akan tercipta dengan Mohd Faiz muncul pemain pertama dari Malaysia dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA,” katanya. – Berita Harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts