Kemalangan Maut Di LPT, Pemandu Vios Dakwa Motosikal RXZ Ditunggang Laju Sebelum Rempuh Dari Belakang Keretanya Sebelum Kejadiian

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 12 Jul 2026 10:01:56


KUANTAN:  Pemandu Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan empat penunggang motosikal Yamaha RXZ di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan awal pagi Sabtu tampil menjelaskan detik sebenar kejadian bagi memperbetulkan pelbagai dakwaan yang tular di media sosial.

Menerusi hantaran di Threads, Muhammad Irfan Aziz, 25, mendakwa dia menyedari sebuah motosikal bergerak laju dari arah belakang sebelum beberapa motosikal lain tiba dengan kelajuan tinggi sehingga menyebabkan pandangannya silau akibat cahaya lampu.

Menurutnya, beberapa saat kemudian bahagian belakang keretanya dirempuh, memaksanya mengawal kenderaan sebelum mengalihkannya ke lorong kecemasan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk.

"Selang beberapa saat, belakang kereta dirempuh hingga saya terpaksa mengawal kenderaan dan mengalihkannya ke lorong kecemasan bagi mengelakkan kejadian lebih buruk.

"Selepas itu berlaku kemalangan berantai antara motosikal yang berlanggar sesama sendiri," katanya.

Muhammad Irfan berkata, sebaik memberhentikan kereta, dia sempat merakam situasi di lokasi kejadian menggunakan telefon bimbit, manakala adiknya meraung kesakitan akibat kecederaan yang dialami.

Empat penunggang motosikal Yamaha RXZ maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal dan sebuah kereta di KM 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kemaman pada awal pagi Sabtu.

Dalam hantaran sama, beliau turut menjelaskan bahawa dia merupakan pemandu Toyota Vios terbabit, bukannya kakaknya seperti yang didakwa sesetengah pengguna media sosial.

Menurutnya, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas menziarahi ibu saudara yang sedang menerima rawatan kanser tahap empat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Beliau berkata, ketika melalui Plaza Tol Kuantan, dia melihat sekumpulan penunggang motosikal berhimpun berhampiran plaza tol berkenaan.

Menurutnya, mereka juga memberikan kerjasama dengan mengalihkan kereta bagi memudahkan ambulans memasuki lokasi kejadian dan tidak pernah mendesak supaya adiknya menerima rawatan terlebih dahulu.

Tambahnya, laporan polis telah dibuat susulan penyebaran pelbagai maklumat palsu berkaitan insiden berkenaan di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pemandu terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan. #sinarharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts