Kemarahan Luar Biasa Orang Sabah

by Oh! Semput


7
SHARES
86
VIEWS
Posted on 12 Dec 2016 11:00:18


Bila semua Orang Sabah bersatu hati

KOTA KINABALU, 12 DIS – Satu rakaman video yang menunjukkan sebuah bas penumpang memotong sebuah kenderaan lain di garisan berkembar tersebar dengan meluas di media sosial pada ahad malam.

Video berdurasi 12 saat itu menunjukkan bagaimana tindakan tidak bertanggungjawab oleh pemandu sebuah bas ekspres kerana memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain di kawasan selekoh atas garisan berkembar dan bukan di tempat yang selamat.

BUKTI.. Nombor Pendaftran bas jelas boleh dilihat untuk pemeriksaan oleh pihak yang berkenaan

BUKTI.. Nombor Pendaftran bas jelas boleh dilihat untuk pemeriksaan oleh pihak yang berkenaan

Melalui video yang terus menjadi viral dalam tempoh kurang sehari itu, sebuah bas ekspres cuba memintas sebuah lori kontena panjang di satu kawasan selekoh garisan kembar yang mana sepatutnya tidak dibenarkan berbuat demikian dalam undang-undang jalan raya.

Ketika sedang cuba memotong kenderaan panjang itu, tiba-tiba muncul sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan yang terpaksa menghalakan keretanya ke bahu kiri jalan bagi mengelak daripada bertembung dengan bas ekpres yang tidak sempat masuk balik ke laluannya.

Melihat kepada detik cemas dilalui itu, keadaan ini mencetuskan kemarahan ‘luar biasa’ di kalangan pengguna media sosial di Sabah kerana tindakan pemandu bas ekspres itu bukan sahaja membahayakan keselamatannya tetapi turut mempertaruhkan nyawa orang lain.

Memetik daripada  sumber yang memuatnaik video tersebut di laman facebook,  kejadian itu berlaku di Jalan Ranau-Telupid sekitar jam 11:39 pada ahad pagi.

Sementara itu, melalui tinjauan yang dibuat oleh Suara Masyarakat Sabah, ramai di kalangan pengguna media sosial yang berumur awal 30-an yang terkejut dengan pendedahan video tersebut kerana sebelum ini ramai yang tahu tetapi hanya mendengar cerita daripada orang lain.

Bagi sebahagian ibu bapa yang anak mereka belajar di Kota Kinabalu dan selalu menggunakan perkhidmatan bas ekspres mereka menggesa agar pihak yang berkenaan menyiasat perkara ini. Sekiranya didapati bersalah apakah jenis hukuman yang dikenakan ?

“Bukti sudah ada, kalau bole kasi cepat siasatan kerana semua orang mahu tahu apa hukuman untuk mereka ini.. Jika terlalu ringan dan tidak mendatangkan gerun kepada pemandu yang lain kita mahu hukuman lebih berat,” memetik satu komen di media sosial hari ini.

Sehingga artikel ini dikongsi di suarasabah.com jumlah tontonan mencecah satu juta tontonan dan dikongsi lebih 25,000 kali. – Suara Masyarakat Sabah

Berita Terdahulu : Netizen Mahu Pemandu ‘Gila’ Disiasat


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts