Kemaskini Windows 11 Bulan Ogos Mengaktifkan Ciri Lancarkan Aplikasi Lebih Pantas

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 12 Aug 2026 07:00:55

Tahun ini Microsoft berjanji akan menjadikan pengalaman penggunaan Windows 11 lebih lancar menerusi optimasi aplikasi natif, membuang ciri AI yang tidak diperlukan dan Low Latency Profile. Low Latency Mode diberikan pada Mei lalu untuk melancarkan aplikasi natif lebih pantas dengan meningkatkan kelajuan CPU untuk seketika.

Windows 11 Laptop

Menerusi kemas kini Windows 11 untuk bulan Ogos yang telah diberikan, kini Low Latency Profile juga mempercepatkan proses melancarkan aplikasi yang dipasang pada PC pemilik. Ciri ini diaktifkan secara automatik selepas komputer dikemaskini.

Bagi pengguna Windows 11, muat turun kemas kini KB5121003 untuk menggunakan Low Latency Profile hari ini. Dengan ini waktu menanti aplikasi dibuka dan boleh digunakan akan menjadi beberapa saat lebih pantas.

Windows Latest

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts