Kembali ‘mesra’dengan BN, pemimpin PAS pakat tarik balik gelaran UMDAP

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 18 Jul 2026 14:04:37

Suasana di Pusat Penamaan Calon di Jempol hari ini mencuri perhatian apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilihat bertemu dalam suasana mesra serta saling berjenaka.

Saling bersalaman

Momen itu turut dikongsikan Asyraf Wajdi menerusi Facebook selepas kedua-duanya selesai menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

“Ok…saya tarik balik (mengata UMNO) UMDAP!” katanya.

Menurut Asyraf Wajdi, kerjasama yang terjalin antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membolehkan kedua-dua gabungan mengelakkan pertembungan kerusi serta memberi tumpuan untuk memenangkan calon masing-masing di semua 36 kerusi yang ditandingi.

“Persefahaman yang terjalin di antara Barisan Nasional (UMNO) dan Perikatan Nasional (Pas) dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan kali ini untuk tidak bersaing, bertindih kerusi dan saling bekerjasama memenangkan semua calon-calon BN dan PN di semua 36 kerusi yang ditandingi.
“Moga-moga menjadi pencetus kepada suatu jajaran penyatuan ummah yang lebih besar dan bermakna,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa politik sentiasa berubah dan setiap pihak perlu berpegang kepada prinsip serta akhlak Islam dalam berpolitik.

“Sebab itulah kita harus sentiasa berpegang kepada prinsip dan akhlak Islam dalam berpolitik. Antara prinsip akhlak Islam ialah supaya kita bersederhanalah dalam berkawan mahupun berlawan,” katanya.

: Facebook Asyraf Wajdi Dusuki

PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts