Kemenangan Noraini pengiktirafan buat Malaysia

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 05:01:01

Oleh Nazura Ngah

[email protected]

KUALA LUMPUR: Kemenangan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad menduduki jawatan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) untuk tempoh tiga tahun dengan mengetepikan tiga calon lain membuktikan keyakinan negara luar terhadap kemampuan Malaysia dalam pelbagai bidang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kemenangan dengan undi besar itu bukan saja mencatat sejarah baharu tetapi juga pengiktirafan buat Malaysia di arena antarabangsa.

Selaku Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen beliau berbangga dengan pencapaian besar diraih Noraini yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

“Selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, saya berpandangan Persidangan Ahli Parlimen Komanwel (CPA) memberikan pendedahan yang baik kepada Ahli Parlimen Malaysia dalam memartabatkan lagi institusi Parlimen,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, Noraini, 49, memperoleh 53 undi, mengalahkan tiga calon iaitu Joyce Watson dari Wales yang meraih 15 undi, Poto Williams dari New Zealand dengan 10 undi dan Linda Reid dari Kanada yang mendapat sembilan undi.

Penyandang kerusi Parlimen Parit Sulong sejak 2008 itu adalah calon tunggal Asia Tenggara bagi merebut jawatan yang dipilih melalui undian ahli CWP.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, seramai lapan Ahli Parlimen Malaysia iaitu enam Ahli Dewan Rakyat dan dua Ahli Dewan Negara menyertai CPA ke-62 yang berlangsung di London.

Persidangan bertemakan `Collaborative Commonwealth: Unity, Diversity and Common Challenges’ yang berakhir semalam turut disertai Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Turut serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai tetamu khas CPA.

“Pelbagai isu dibincangkan dalam persidangan kali ini antaranya mengenai kebebasan beragama atau kepercayaan, membanteras keganasan terhadap wanita dan gadis, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), perubahan iklim dan radikalisasi generasi muda,” katanya.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts