Kepentingan Rakyat Perlu Diutamakan – Biro Pekerja AMK

by Oh! Semput


15
SHARES
201
VIEWS
Posted on 09 May 2017 16:03:04

Pihak berkuasa perlu tegas dan bersunguh-sungguh melaksana penguatkuasaan undang-undang bagi membendung kebanjiran pekerja asing.

Ketua Biro Pekerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Fasyarini Azahari berkata, walaupun peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara tidak dinafikan, namun kepentingan dan kesejahteraan rakyat perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.

14591920_737180546434110_5165292098697560064_n

“Kita lihat pekerja asing di mana-mana. kehadiran mereka menimbulkan rasa tidak senang dan bimbang di kalangan rakyat. Apakah itu berlaku kerana sikap sambil lewa dalam penguatkuasaan?.

“Pihak berkuasa mesti tingkat penguatkuasaan bagi membendung masalah ini, sudah sampai masanya kerajaan mengawal kemasukan pekerja asing ke negara ini,” tegas Exco AMK Pusat itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Menteri Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem pada 2014 mendedahkan, pekerja asing di Malaysia untuk tempoh tersebut sahaja dianggarkan berjumlah 6.7 juta orang. Hanya 2.1 juta mempunyai permit sah dan berdaftar.

Ia bermakna jumlah warga asing di Malaysia telah mengatasi populasi penduduk kaum Cina yang diunjurkan berjumlah 6.64 juta orang.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts