by Oh! Semput

SYDNEY – Gempa kuat 6.9 magnitud menggegarkan Kepulauan Solomon untuk dua hari berturut-turut, pagi ini.
Amaran tsunami awal yang dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik untuk beberapa pulau di Laut Pasifik bagaimanapun dibatalkan beberapa jam selepas gempa.
Gempa jam 6.10 pagi waktu tempatan (1910 GMT Jumaat) berpusat di 90 kilometer ke barat Kirakira pada kedalaman 10km, demikian menurut Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS). – AFP