Keputusan PT3 diumum Isnin ini

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 16 Dec 2016 17:01:09

KUALA LUMPUR: Calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) boleh mendapatkan keputusan pelaporan menengah rendah mereka di sekolah masing-masing mulai Isnin ini (19 Disember 2016).

Seramai 432,514 calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2016 di seluruh negara menduduki peperiksaan itu Oktober lalu.

PT3 diperkenalkan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan sejak 1993.

PT3 diperkenalkan bagi menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi pelajar dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian mereka.

Pelajar Tingkatan Tiga akan dinilai berdasarkan empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik berkaitan minat dan kecenderungan seseorang.

Category: Semasa

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts