by Oh! Semput
Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke 31! Tahniah diucapkan kepada Dayang Nurfaizah apabila lagu Lelaki Teragung, nyanyiannya dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL31) ke-31 sekali gus menewaskan 11 lagu lain yang bersaing.
Kemenangan tersebut melayakkan komposer Natasyah dan penulis liriknya Iman Imran membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000, trofi AJL dan penambahan baucar produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000 serta sebuah telefon pintar Samsung Galaxy A.

Naib juara pula memihak kepada Hafiz Suib dan Misha Omar yang membawa lagu Terimaku Seadanya, hasil sentuhan sepenuhnya komposer terkenal, Ajai dan mereka menerima RM35,000 dan trofi AJL.
Projector Band pula memenangi tempat ketiga menerusi lagu Sudah Ku Tahu ciptaan sepenuhnya anggota kumpulan tersebut, Razif dan mereka membawa pulang wang tunai sejumlah RM20,000 serta trofi AJL.
Sementara itu, Dayang Nurfaizah seperti dijangka memenangi kategori Vokal Terbaik untuk kali ketiga. Manakala persembahan mantap Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana yang dilihat menepati tema Cerita Dalam Lagu, memenangi kategori Persembahan Terbaik.
Masing-masing membawa pulang wang tunai RM12,000 dan Trofi AJL. [Sinar Harian]
Tags: ajl 31, anugerah juara lagu, anugerah juara lagu 2016, anugerah juara lagu 31, keputusan ajl 2016, keputusan ajl 31
Category: HIBURAN