Kerajaan Negeri Tunggu Laporan PTG, Isu Bauksit Kembali Operasi !

by Oh! Semput


11
SHARES
144
VIEWS
Posted on 26 Feb 2017 08:00:57


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang masih menunggu laporan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) berhubung laporan lengkap tindakan menyita jengkaut yang menjalankan aktiviti mengorek tanah di kawasan lombong bauksit di Kampung Jeram, Beserah, Selasa lalu.

Menteri Besarnya, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, pihaknya terkejut dengan tindakan kontraktor terbabit yang ingkar arahan dalam tempoh moratorium.

Bagaimanapun, beliau yakin pihak PTG bersama Kementerian Asli dan Alam Sekitar melaksanakan tanggungjawab bersama bagi menangani situasi itu.

"Buat masa ini, saya masih menunggu laporan lengkap PTG seperti status tapak lombong itu.

"Kebanyakan tapak lombong milik persendirian sukar untuk,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Raya Pantai Selamat Indera Mahkota.

Hadir sama, Pengarah Pantai Selamat , Goh Chin  Choon.

Adnan berkata, kerjasama baik amat diperlukan antara kedua-dua pihak.

Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan kepada kementerian  dalam hal berkaitan bauksit.

Selasa lalu, dua jentera memasuki tapak lombong bauksit di Kampung Jeram dan kontraktor terbabit mendakwa mempunyai surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk membawa keluar lebihan bauksit. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts