Kerajaan Pahang Jayakan Program Kawalan Spesies Ikan Baung Ekor Merah, Dikenal Pasti Berpotensi Ancam Populasi Ikan Tempatan

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 22 Nov 2026 16:30:38

TEMERLOH: Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan RM450,000 bagi menjayakan program kawalan spesies ikan baung ekor merah yang dikenal pasti berpotensi mengancam populasi ikan tempatan di negeri ini, jika tidak dibendung.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata program itu dilaksanakan serentak di tujuh lokasi di seluruh negeri antaranya Pekan, Jerantut dan di sini, sebagai usaha mengurangkan populasi spesies ikan asing berkenaan.

Beliau berkata baung ekor merah merupakan spesies asing yang bersifat pemangsa dan boleh mengancam kelangsungan spesies ikan tempatan lain yang hidup di habitat sama.

“Kerajaan negeri sangat serius berhubung spesies ikan baung ekor merah ini. Kalau tidak dikawal, ia boleh menghapuskan spesies tempatan kerana ikan ini sangat ganas dan akan makan ikan lain, sekali gus menjadikannya dominan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan program Pahang 1st: Tawan Baung Ekor Merah Fest di Dataran Pekan Sehari, Kuala Krau di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata satu daripada pengisian program itu ialah pertandingan memancing baung ekor merah bagi menggalakkan orang ramai menangkap ikan tersebut sebanyak mungkin.

Beliau berharap usaha berkenaan dapat membantu mengurangkan populasi spesies ikan terbabit, sekali gus melindungi spesies ikan tempatan daripada ancaman kepupusan.

Dalam perkembangan lain, Wan Rosdy berkata Kerajaan Negeri Pahang memberikan bantuan kepada penjawat awam Persekutuan di negeri ini dalam bentuk barangan atau sumbangan, bukan tunai menerusi belanjawan negeri yang dibentangkan semalam.

Beliau berkata pendekatan itu mengambil kira kekangan kewangan kerajaan negeri untuk menyediakan bantuan tunai kepada keseluruhan penjawat awam Persekutuan yang jumlahnya besar. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts