by Oh! Semput
Malaysia akan meneliti cadangan Indonesia untuk memperluaskan penempatan pekerja migran Indonesia (PMI) ke sektor kesihatan, khususnya dalam bidang kejururawatan.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu dibangkitkan oleh kerajaan Indonesia ketika pertemuan dua hala beliau bersama Menteri Luar Indonesia, Sugiono sempena Sidang Suruhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala (JCBC) Ke-17 yang berlangsung di Gedung Pancasila, Kementerian Luar Indonesia, semalam.
Menurut beliau, Indonesia berharap peluang pekerjaan untuk rakyatnya tidak terhad kepada sektor sedia ada, sebaliknya diperluaskan kepada bidang lain termasuk kejururawatan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu turut menjelaskan sebarang keputusan berhubung pengambilan tenaga kerja asing dalam sektor kesihatan, termasuk jururawat dari Indonesia, terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau turut berpandangan bahawa cadangan tersebut berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua negara, selain membantu memperkukuh industri kesihatan tempatan.

Artikel lain: Krisis politik Negeri Sembilan: Tok Mat saran bubar saja DUN -“Jangan kita bising ‘kulu kilir’”
Menurut beliau, kehadiran tenaga kerja kesihatan dari Indonesia juga berupaya meningkatkan tahap kompetensi industri kesihatan Malaysia secara keseluruhan.
: Berita Harian (Nadia Mohsin)