Kereta dapat AP, lapor SPRM kalau anak jantan, kata Zuraida

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 26 May 2017 04:01:18

Zuraida berkata tidak wajar mempersoalkan kereta yang dimilikinya kerana ahli Parlimen sememangnya diberi keistimewaan memiliki AP. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 26 Mei — Ahli Parlimen Ampang mencabar mana-mana pihak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar beliau mengamalkan rasuah.

Zuraida Kamaruddin berkata tidak wajar mempersoalkan kereta yang dimilikinya kerana ahli Parlimen sememangnya diberi keistimewaan memiliki Permit Import (AP).  

“Mewah apa yang ingin ditunjukkan? Ferrari? Porsche? Saya akui suka pilih barang berkualiti termasuk kereta.

“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP tidak digunakan kemudahan itu.

“Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat SPRM,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Zuraida turut diminta mengulas ketua kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos yang sering melemparkan dakwaan ke atasnya.

“Saya pandang Jamal itu seorang yang tiada kredibiliti, dia tidak setanding saya, sebab itu saya tidak layan

“Cakap mengarut, kita ahli Parlimen cakap benda besar tentang kerajaan dan sebagainya. Jamal cakap benda-benda longkang siapa nak layan.

“Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta-kereta berkualiti. Dalam kehidupan saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts