Kereta Hibrid GWM ORA 5 Hi2 HEV Yang Dipasang di Malaysia Dilancarkan Pada Harga RM 106,800

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 19 Nov 2026 14:00:55

Dalam barisan kereta yang ditawarkan GWM Malaysia, terdapat siri ORA yang hadir dengan bentuk yang lebih ‘lembut’ dengan bahasa rekaan yang elegan. Bermula dengan kereta elektrik Ora Good Cat, seterusnya sedan Ora 07, akhirnya hari ini GWM Malaysia memperkenalkan ahli baru dalam siri ORA mereka iaitu GWM ORA 5 Hi2 HEV yang merupakan kereta hibrid. 

Kereta hibrid GWM ORA 5 Hi2 HEV ini juga merupakan kereta yang dipasang di kilang EP Manufacturing Berhad, dan bukanlah kereta yang dimport, membolehkan ia ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Ia menggabungkan enjin turbo 1.5-liter bersama motor elektrik yang menghasilkan kuasa gabungan 223PS dan tork 476Nm dan mempunyai kelajuan maksimum 180 km/j. Kereta hibrid ini juga dipadankan dengan transmisi 2-kelajuan Dedicated Hybrid Transmission (DHT) bagi memberikan prestasi pemanduan yang lebih responsif. 

Dari segi penggunaan bahan api, SUV ini mencatatkan kadar serendah 4.4 liter bagi setiap 100km, selain menawarkan jarak pemanduan keseluruhan melebihi 1,100km. Penggunaan tenaga yang efisien ini dijayakan oleh 6 mod operasi bergantung kepada situasi pemanduan yang sedang berlaku. Sistem hibrid ini juga tidak memerlukan pengecasan luaran.

Dari segi keselesaan, GWM ORA 5 Hi2 HEV turut menyertakan bumbung panoramik, paparan inforia bersaiz 15.6-inci, kerusi berpengudaraan, peti sejuk bersaiz 3.2L, 33 ruangan storan dan bermacam lagi. Ruang bagasi pula adalah sebesar 275L yang boleh dibesarkan menjadi 973L. Untuk aspek keselamatan, ia mempunyai kamera 360 darjah, fungsi keselamatan pintar, dan juga swapandu tahap 2 serta boleh dikawal menerusi GWM App. 

GWM ORA 5 Hi2 HEV dijual pada harga RM 106,800 dengan jaminan selama 6 tahun tanpa had perbatuan, jaminan enjin dan transmisi selama 6 tahun tanpa had perbatuan, dan jaminan bateri selama 8 tahun atau 180,000 KM jarak perbatuan. Ia hadir pada 4 pilihan warna dan turut hadir bersama adalah penyelenggaran percuma sebanyak 5 kali dan servis telematik percuma selama 5 tahun. Pada harga sebegini, ia menjadikan salah satu pilihan hibrid yang mampu milik dan sarat dengan fungsi pintar. Anda boleh cuba memandunya di cawangan GWM seluruh Malaysia. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts