Kereta polis kena kapit, undang sindiran warga internet

by Oh! Semput


13
SHARES
174
VIEWS
Posted on 24 May 2017 11:01:18

Gambar kereta peronda polis dikapit menarik perhatian 20,000 pengguna akaun Twitter. Foto ihsan Twitter/Alif Hafiz YusofGambar kereta peronda polis dikapit menarik perhatian 20,000 pengguna akaun Twitter. Foto ihsan Twitter/Alif Hafiz YusofKUALA LUMPUR, 24 Mei — Paparan gambar kereta peronda polis yang tayarnya dikapit mengundang sindiran pengguna media sosial.

Gambar depan restoran ‘Salam Noodles’ dikongsi lebih 20,000 kali dan digemari lebih 7,000 pengguna Twitter serta diikuti kata-kata sinis.

Malah, seorang pemilik akaun, Shazwan Musk ada memaklumkan Twitter polis supaya mengambil perhatian kejadian itu tetapi tidak dijawab.

Gambar itu dimuatkan pemilik akaun Alif Hafiz Yusof dengan tulisan “Kau Fikir Kau Siapa” iaitu lirik lagu berjudul “Kalah Dalam Menang” nyanyian Mawi dan Syamsul Yusof.

Semakan ProjekMMO di Google Street View menunjukkan lokasi restoran ini di Cyberjaya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts