Kami Beli Kereta Proton Kerana Menyokong Kenderaan Keluaran Negara Islam - Kelab Proton Turki

by Oh! Semput


14
SHARES
183
VIEWS
Posted on 23 Feb 2017 03:01:05


Turki - Kerana minat mendalam terhadap kereta keluaran Proton buatan Malaysia, ramai di kalangan warga Turki memilih untuk memiliki kenderaan ini di negara itu.

Biarpun agak sukar untuk mendapatkan alat ganti kereta kebanggaan Malaysia ini, namun semua itu bukan halangan bagi mereka yang amat mencintai kereta Malaysia ini.

Muhamad Nur Thaqib Shaker, seorang pelajar Malaysia tyang berada di Turki dan juga Exco Data, Komunikasi dan Perhubungan MASAT di sana telah berkongsikan pengalaman beliau apabila ternampak begitu banyak kelibat kereta Proton yang membanjiri di jalan raya negara itu.

Menurut Muhamad, berbagai jenis kereta Proton yang selalu dia temui seperti Proton Saga jenis lama, Waja dan juga beberapa kereta Waja yang digunakan sebagai teksi di kawasan Istanbul.

Paling sangat menarik, dia mendapati satu Kelab Proton Turki yang telah ditubuhkan oleh pecinta kenderaan Proton itu di sana demi mengumpulkan pengguna dan peminat kereta Proton disamping bertukar-tukar pendapat.


Muhamad telah pun mendekati kelab ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan minat mereka terhadap produk keluaran Proton.

Muhamad memberitahu kebanyakan diantara mereka mengatakan sebab utama mereka memilih kenderaan ini adalah dengan niat untuk menyokong negara Islam disamping kenderaan pembuatan Malaysia ini sangat murah.

Mereka juga mengatakan dari aspek keseluruhan kenderaan keluaran Proton, mereka mengakui bahawa ia sebuah kereta yang berkualiti, selesa, kukuh dan baik dari segi pemanduan.

Bagaimanapun mereka terpaksa berdepan dengan masalah sukar untuk menemui pakar kereta Proton dan juga kesulitan untuk mendapatkan alat ganti kenderaan berjenama itu.


Pecinta Proton


Seorang pemuda Turki yang dikenali sebagai Hami Akyuz berusia 19 tahun dari Istanbul adalah merupakan seorang peminat setia Proton. Dia telah menggunakan sekurang-kurangnya 18 jenis sejak 8 tahun lalu dan masih lagi tetap setia dengan kenderaan Proton ini.

Katanya, kenderaan ini sangat berkualiti harga yang amat murah dan selesa untuk dinaiki. Dia juga berharap Proton akan mengeluarkan model baharu dan dibawa masuk ke Turki lagi.

"Proton adalah kenderaan yang berkualiti, selesa dan mampu beli.

Manakala bagi Okan, berusia 33 tahun yang juga berasal dari Istanbul, mengatakan dia telah memandu kenderaan ini sejak 2 tahun yang lalu.


Menurutnya, dia pernah bekerja di sektor kenderaan dan sudah terbiasa dengan berbagai jenama kereta lain, Proton adalah diantara kereta yang mempunyai kualiti yang sangat tinggi, katanya.

Prestasi Proton sangat baik dan boleh dianggap setanding dengan kenderaan dari negara-negara lain. Jika dilihat kepada harganya, ia sangat berpatutan dan ia juga adalah sebuah kenderaan yang terbaik.

Menurut sumber, kereta Proton telah dibawa masuk ke pasaran Turki seawal tahun 1993 dengan jenama Proton Wira tetapi hanya empat buah sahaja untuk pertunjukan kereta.

Mengikut kepada laporan, sekitar lima unit Proton di hantar ke Turki untuk percubaan kali pertama pada 1994 di bawah kendalian Ortaklar Motor.

Kemudian Proton kembali masuk ke pasaran Turki pada 1997 di bawah kendalian syarikat JetPA, tetapi hanya bertahan sehingga tahun 2000 selepas syarikat tersebut mengalami masalah.

Proton sekali lagi di bawa masuk ke Turki pada tahun 2004 di bawah syarikat Ulumotor yang bertindak sebagai pengedar utama di Turki sehingga ke hari ini. -

: Sinar Harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts