Ini Kerja Gila Betul

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 02 Jan 2017 08:00:32

SEORANG wanita warga Maghribi ditahan kerana cuba menyeludup seorang migran berusia 19 tahun dari Gabon merentasi sempadan Sepanyol, menggunakan bagasi.

Pihak berkuasa awam Sepanyol menahan wanita itu di Ceuta, sebuah daerah Sepanyol bersebelahan dengan Maghribi pada 30 Disember lalu.

Ia menjadikan kira-kira 1,100 migran warga Afrika dari Sahara yang cuba untuk merentasi Sepanyol dari Maghribi melalui Ceuta.

Tahun lalu, seorang budak lelaki berusia lapan tahun dari Ivory Coast turut diseludup di dalam bagasi melalui Ceuta.

Dia ditemui dalam bagasi yang dibawa oleh seorang wanita berusia 19 tahun.

Kanak-kanak lelaki itu ditemui dalam keadaan yang tidak terurus ketika polis membuka bagasi milik wanita berkenaan. Mail Online


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts